LAPORAN PANEL HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016 GENRE: KAJIAN SASTERA, KUMPULAN ESEI/KRITIKAN, BUKU BIOGRAFI/AUTOBIOGRAFI
KATEGORI A: BUKU SASTERA DEWASA Buku Kajian Sastera Kumpulan Esei/Kritikan Biografi dan Autobiografi KATEGORI B: KARYA ECERAN Esei/Kritikan (Makalah Ilmiah) Esei/Kritikan (Makalah Separa Ilmiah) PENDAHULUAN Laporan ini ditulis berasaskan penilaian terhadap karya-karya yang dicalonkan untuk memenangi dua kategori iaitu Kategori A: Buku Sastera Dewasa dan Kategori B: Karya Eceran. Kategori A meliputi Buku Kajian Sastera, Kumpulan Esei/Kritikan, dan Biografi & Autobiografi. Manakala, Kategori B pula meliputi Esei/Kritikan (Makalah Ilmiah), dan Esei/Kritikan (Makalah Separa Ilmiah). Karya-karya yang dicalonkan untuk kedua-dua kategori di atas telah terlebih dahulu melalui saringan awal yang dikendalikan oleh pihak urus setia hadiah sastera. Setelah dilakukan saringan awal itu, panel penilai akhirnya menerima sejumlah judul bagi kategori Buku Kajian Sastera, Kumpulan Esei/Kritikan, Autobiografi/Biografi, Esei/Kritikan (Makalah Ilmiah), dan Esei/Kritikan (Makalah Separa Ilmiah). Ulasan umum berkenaan karya-karya yang tersenarai untuk penilaian akhir akan diberikan mengikut kategori seperti di bawah. KRITERIA PENILAIAN Untuk Kategori A: Buku Sastera Dewasa, dan Kategori B:...