Oleh MAZNAN NORDIN

PADA TAHUN 2008, seorang wanita blogger Saudi menamakan Ghazi Abdul Rahman Al–Gosaibi – yang meninggal dunia pada usia 70 tahun di sebuah hospital di Riyadh sebagai “bintang yang
mengerlip di dada langit Saudi”.

Al-Gosaibi terkenal dengan kehebatan novel, puisi yang dihasilkannya dan beliau juga seorang reformasi kerajaan yang melakukan banyak keterbalikan dalam dunia sastera. Obituari The Agence France Press (AFP) mengingati Allahyarham sebagai seorang Duta ke Britain yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu kerana oda atau sajak panjang terhadap seorang pembunuh berani mati Palestin yang syahid.

Al-Gosaibi ditamatkan perkhidmatannya sebagai Duta di London pada tahun 2002 setelah menerbitkan puisi berjudul “You are the Martyrs” (Kamu adalah Para Syuhada), sebuah oda kepada seorang remaja Palestin, Ayat Akhras, yang berjaya membunuh dua orang askar Israel dan juga menyebabkan dirinya sendiri terbunuh di sebuah pasar raya di Jurusalem ketika serangan itu dilakukannya.

Bukan sahaja odanya mengujudkan kontroversi di London, AFP juga memaklumkan bahawa “… sebagai Menteri Kesihatan pada tahun 1984, al-Gosaibi telah dipecat setelah menerbitkan puisi berjudul “A Pen Bought and Sold” (Sebatang Pena Dibeli dan Dijual) yang menyerang rasuah dan keistimewaan golongan elit Saudi di bawah Raja Fahd.

Setelah al-Gosaibi didapati tenat, Menteri Kebudayaan Saudi menarik balik sekatan ke atas tulisannya, termasuklah antologi puisi kontroversi “A Battle Without a Flag” (Sebuah Perang Tanpa Bendera).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera April 2012.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks