Oleh FADLI AL-AKITI

MAC lalu, sidang editorial Dewan Sastera sempat bertandang ke rumah Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Abdullah Hussain atau amat senang dipanggil “Pak Lah” menjemput kami masuk dengan senyuman mesra walaupun tidak dapat berjalan dengan baik. Kami memohon restu isterinya, Datin Siti Saroja Basri untuk mengambil foto kenang-kenangan bersama sasterawan terulung negara serta rumah sederhana tetapi indahnya yang terletak di Petaling Jaya. Bunga pelbagai warna, potret-potret bersejarah dan buku kami kagumi menghiasi setiap dinding rumahnya. Saya teringat akan novel Konserto Terakhirnya walaupun mungkin latar tempat dalam novel itu lebih gah dan mahligai. Tetapi jiwa damai “Hilmi” ada di situ. Ikuti wawancara Pak Lah yang tersiar dalam fokus Mei 2012.

Datuk Abdullah Hussain tersenyum mesra melihat kami tiba.

Penulis (kiri) bersama Datuk Abdullah Hussain, Ketua Edtior Majalah DBP, Puan Padilah Haji Ali, dan Pegawai Kanan Harta Intelek DBP, Puan Zaiton Abu Samah.

Mesra! Datuk Abdullah Hussain dan pasangan tercinta, Datin Siti Saroja Basri bersama Puan Padilah dan Puan Zaiton di depan rumah.

Atas meja sisi Pak Lah. Al-Quran, kitab dan buku tidak pernah lekang dari tangan Sasterawan Negara berkenaan.

Catatan berharga! Datuk Abdullah Hussain hanya dapat menulis di atas kertas sekarang.

Gambar, hiasan bunga dan rak buku yang paling hampir dengan tampat tidur Pak Lah.

Bukan sekadar gambar. Potret keluarga Datuk Abdullah Hussain dan sebuah potret lama adik-beradik Datuk berdekatan katilnya.

Kedua-duanya mengangkat nama negara. Gambar lama Datuk Abdullah Hussain bersama adiknya, Allahyarham Dato’ Ibrahim Hussain, di belakang salah satu lukisan terkenal adiknya.

Puan Zaiton, Datin Siti Saroja dan Puan Padilah di ruang tamu yang tersusun rapi dan indah.

Tengkolok yang dipakai oleh Datuk Abdullah Hussain sewaktu menjunjung duli.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks