Oleh FADLI AL-AKITI

SIDANG EDITORIAL Dewan Sastera berkunjung ke rumah Penerima S.E.A. Write Award 2012, saudara Ismail Kassan di Subang Jaya, Selangor. Kami kagum dengan pelbagai bakat seni yang dimiliki dramatis tersohor ini. Ikuti foto eksklusif yang sempat kami rakamkan sewaktu bertandang ke rumah penulis drama Gelanggang Tok Wali dan Kembang Cempaka Sari.

Ismail Kassan suka menanam bonsai. Di perkarangan rumahnya, pasu bonsai pelbagai bentuk memenuhi ruang depan rumahnya.

Dengan teliti dan penuh kasih-sayang Ismail Kassan menjaga bonsainya pada waktu lapang.

Di ruang tamu rumah Ismail, beliau menunjukkan hasil ukiran kayu di atas batang cengal dan jati, antara satu-satunya di Malaysia.

Ukiran kayu yang sungguh seni dan teliti, mengikut motif kotemporari alam yang biasa dalam kesenian Melayu.

Mengukir dan memahat memerlukan masa yang panjang dan tenang.

Penulis di “tempat ciptaan”nya. Di sini Ismail Kassan meluangkan masa dengan membaca, mengkaji dan menulis. Sebuah sudut “pejabat” yang khusus buat penulis prolifik dan hebat ini.

Di sinilah Ismail Kassan menulis. Beliau mempunyai komputer bimbit yang senang dibawa ke mana-mana, suatu keperluan lazim penulis zaman sekarang, menunjukkan beliau mengikuti peredaran zaman.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks