1.         PENDAHULUAN

1.1      Gagasan awal pemberian HSPM ini tercetus hasil daripada laporan Jemaah Hakim Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1970. YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menubuhkan sebuah panel penilai dengan tugas-tugas khas pada 24 Julai 1971 untuk menilai karya-karya sastera bagi tujuan pengiktirafan. Hadiah berprestij yang diberikan pada setiap tahun ini mula dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 (1971-1976).

1.2       Pemberian Hadiah Karya Sastera ini terhenti pada tahun 1977 sehinggalah pada tahun 1981, Dewan Bahasa dan Pustaka yang mewakili kerajaan Malaysia mengambil inisiatif meneruskan kesinambungan untuk menilai karya sastera yang telah dihasilkan. Hadiah ini dilaksanakan secara dwitahunan dan dikenali sebagai Hadiah Sastera Malaysia (1981-1995).

1.3       Hadiah Sastera Malaysia dinaik taraf dan diberikan nama baharu, iaitu Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 1996. Oleh itu, bermula tahun penilaian karya yang terbit/tersiar pada 1996/1997, nama tersebut telah dikekalkan selaras dengan prestijnya.

1.4       Hadiah Sastera Perdana Malaysia dilaksanakan secara tahunan bermula tahun penilaian 2012 setelah dicadangkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

1.5       Pada tahun 2015 dua kategori baru diperkenalkan, iaitu Kategori B: Cerpen Eceran Remaja dan kategori C: Buku Bergambar Kanak-kanak.

2.                     MATLAMAT

Hadiah Sastera Perdana Malaysia diwujudkan dengan tujuan:

2.1      Memberikan pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu;

2.2      Mengenal pasti karya-karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu;

2.3      Menggalakkan penerbit menerbitkan karya-karya sastera yang bermutu dalam bahasa Melayu.

3.        BENTUK DAN NILAI HADIAH

Hadiah yang diberikan adalah berdasarkan kepada kategori-kategori yang berikut:

3.1       Kategori A – Buku/Kumpulan Karya Perseorangan

Hadiah diberikan kepada sebuah karya yang terbit dalam bentuk buku atau kumpulan karya perseorangan. Nilai hadiah adalah RM10,000.00.

3.1.1   Novel

3.1.2   Kumpulan Cerpen

3.1.3   Kumpulan Puisi

3.1.4   Kumpulan Drama

3.1.5   Kumpulan Esei/Kritikan Sastera

3.1.6   Buku Kajian Sastera

3.1.7   Biografi/Autobiografi

3.2       Kategori B – Karya Eceran

Hadiah diberikan kepada karya sastera eceran yang diterbitkan dalam majalah, jurnal, akhbar dan buku dalam tahun penilaian. Nilai hadiah adalah RM2,000.00.

3.2.1   Puisi                                       –           10 hadiah

3.2.2   Cerpen                                  –           10 hadiah

3.2.3   Drama                                   –             5 hadiah

3.2.4   Esei/Kritikan                         –           10 hadiah

3.2.5   Cerpen Eceran Remaja     –           3 hadiah

3.3       Kategori C – Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja

Hadiah diberikan kepada karya sastera yang berbentuk buku atau kumpulan karya untuk bacaan remaja dan kanak-kanak. Nilai hadiah adalah RM5,000.00.

Karya sastera dalam kategori ini adalah seperti berikut:

3.3.1   Kesusasteraan Kanak-kanak

(i)        Novel Kanak-kanak

(ii)       Kumpulan Cerpen Kanak-kanak

(iii)      Kumpulan Puisi Kanak-kanak

(iv)       Kumpulan Drama Kanak-kanak

(v)        Buku Bergambar Kanak-kanak

3.3.2   Kesusasteraan Remaja

(i)        Novel Remaja

(ii)       Kumpulan Cerpen Remaja

(iii)      Kumpulan Puisi Remaja

(iv)       Kumpulan Drama Remaja

4.        DASAR PENILAIAN

4.1       Karya sastera yang dinilai untuk menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 ialah karya yang terbit di Malaysia dan di luar negara pada tahun 2014.

4.2       Penilaian dibuat oleh ahli panel berdasarkan kriteria yang berikut:

(i)        Kekuatan kesatuan organik karya

(ii)        Kekuatan dan keaslian persoalan yang ditampilkan secara matang

(iii)      Keseimbangan estetika bahasa dengan persoalan kemanusiaan

(iv)       Keindahan moral

(v)        Inovasi dalam kreativiti

4.3       Panel telah meneliti sejumlah besar karya sastera dalam bentuk buku dan bentuk eceran bagi tahun penilaian seperti yang berikut melalui Jadual 1:

I.          Kategori A: Buku/Kumpulan Karya Perseorangan

Bil. Genre Jumlah
1. Novel 44
2. Kumpulan Cerpen 28
3. Kumpulan Puisi 51
4. Kumpulan Drama 8
5. Kumpulan Esei/Kritikan Sastera 4
6. Buku Kajian Sastera 7
7. Biografi/Autobiografi 4

II.         Kategori B: Karya Eceran

Bil. Genre Jumlah
1. Cerpen 622
2. Puisi 2158
3. Drama 19
4. Esei/Kritikan Sastera 300
5. Cerpen Remaja 23

III.        Kategori C: Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja

(a)       Kesusasteraan Kanak-kanak

Bil. Genre Jumlah
1. Novel Kanak-kanak 10
2. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak 2
3. Kumpulan Puisi Kanak-kanak 5
4. Kumpulan Drama Kanak-kanak
5. Buku Bergambar Kanak-kanak 44

(b)       Kesusasteraan Remaja

Bil. Genre Jumlah
1. Novel Remaja 32
2. Kumpulan Cerpen Remaja 13
3. Kumpulan Puisi Remaja 12
4. Kumpulan Drama Remaja

5.         KEPUTUSAN

Hasil penelitian terhadap karya-karya tersebut, panel memperakukan bahawa karya-karya yang berikut layak menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014.

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2014

KATEGORI A: (BUKU) – HADIAH BERNILAI RM10,000.00 BAGI SETIAP

PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG PENERBIT
NOVEL Nenek Razali Endun

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2014

KUMPULAN CERPEN Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim

Mohamed Ghozali Abdul Rashid

(Malim Ghozali PK)

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014
KUMPULAN PUISI Jaulah Sampai Syurga

Ahmad Muzaffar bin Baharudin

(Muzaf Ahmad)

Karyawan Publishing House, 2014

KAJIAN SASTERA Oksidentalisme dalam Sastera Melayu Sebelum Merdeka hingga Era Mahathir Mohamad Dr. Mohammad Saleeh Rahamad Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2014

BIOGRAFI

Biografi Ishak Shaari Pejuang Bumi Semua Manusia Dr. Mohamed Salleh Lamry

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2014

KATEGORI B: (ECERAN) – HADIAH BERNILAI RM2,000.00 BAGI SETIAP

PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG

SUMBER

CERPEN

1. “Alkisah Ratu Kebaya dan Walhal Naga” Zainal Rashid Ahmad Berita Minggu

14 September 2014

2. “Hingyaku Ratna Laila Shahidin Mingguan Malaysia

31 Ogos 2014

3. “Bara Sang Suri”

Zaniffa Azzura Abdullah Mingguan Malaysia

20 Julai 2014

4. “Infithaar di Taman Salju” Mawar Safei Berita Minggu

3 Ogos 2014

5. “Selimut” Maskiah Haji Masrom Mingguan Malaysia

12 Januari 2014

6. “Delusisma 2.0 (Denggi)” Ahmad Pakharul Razy

(Fadh Razy)

Mingguan Malaysia

16 Februari 2014

7. “Psiko” Mohd. Fudzail Mohd Nor

(Fudzail)

Mingguan Malaysia

8 Jun 2014

8. “Pesanku Pada Hujan” Mohamed Ghozali Abdul Rashid

(Malim Ghozali Pk)

Mingguan Malaysia

13 Julai 2014

9. “Seru” Jais Sahok Dewan Sastera

Mei 2014

10. “Cekur” Lee Keok Chih Dewan Sastera

September 2014

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2014

KATEGORI B: (ECERAN) – HADIAH BERNILAI RM2,000.00 BAGI SETIAP

PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER

PUISI

1. “Membaca Aksara (Buat Profesor Siti Chamamah)” Muhammad Haji Salleh Dewan Masyarakat

Julai 2014

2. “Al-Kisah, di Negara yang Memansuhkan Bahasa” Muhammad Haji Salleh Antologi Puisi Nyala Api dalam Dada, Institut Terjemahan Buku Malaysia, 2014
3. “Kepada Perempuan Laut” Siti Zainon Ismail Dewan Sastera

Mei 2014

4. “Rezeki Bumi” Siti Zainon Ismail Dewan Sastera

Jun 2014

5. “Perkebunan Budaya Melayu” Basri Abdillah Dewan Budaya

Julai 2014

6. “Di Padang Sarjana” Nik Azri bin Nik Mohamed Arriff

(Tuah Sujana)

Mingguan Malaysia,

5 Januari 2014

7. “Tigris” Mohd Rosli bin Nik Mat

(Rosli K.Matari)

Jendela Timur

Ogos 2014

8. “Dari Mimbar Shinjuku (Dedikasi Buat Anakanda)” Syafiq Zulakifli Mingguan Malaysia

30 November 2014

9. “Mencari Jernih” Shapiai Mohammad Ramly Antologi Puisi Cerita Alam Gelora Hujung Benua, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

2014

10. “Kalaulah Papa Memukulmu, Adib” Rahimidin Zahari Mingguan Malaysia,

23 Februari 2014

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015

KATEGORI B: (ECERAN) – HADIAH BERNILAI RM2,000.00 BAGI SETIAP

PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER

ESEI/KRITIKAN SASTERA

1. “Penciptaan Drama Metasejarah: Suatu Hasil Eksperimental” Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Napiah

(Mana Sikana)

Dewan Sastera

Mac 2014

2. “Menilai Semula Makna Estetik” Prof. Madya Dr. A. Halim Ali Dewan Sastera

April 2014

3. “Teknoteks Menyepadukan Sastera, Teknologi dan Kritikan” Prof. Dr. Sohaimi Abdul Aziz Dewan Sastera

Julai 2014

4. “Perhubungan Sastera dengan Wayang: Meneliti Genre dalam Perspektif Budaya” Dr. Norman Yusoff Dewan Sastera

Oktober 2014

5. “Sastera Profetik: Kaffah dalam Revolusi yang Ditangguhkan” Saifullizan Yahaya Dewan Sastera

Mei 2014

6. “Pembinaan Mercu Tanda Penulisan Malaysia: yang dipelajari adalah Secara Saka (Perennial)” Prof. Dr. Ibrahim Bajunid Sastera Teras Negara Bangsa, Institut Terjemahan Buku Malaysia, 2014
7. “Pembinaan Mercu Tanda Sastera Malaysia: Sastera Sebagai Budaya Tinggi” Syed Mohd Zakir Syed Othman

(S.M. Zakir)

Sastera Teras Negara Bangsa, Institut Terjemahan Buku Malaysia, 2014

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2014

KATEGORI C:  KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

HADIAH BERNILAI RM5,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE JUDUL PENGARANG SUMBER
NOVEL KANAK-KANAK … Rahsia Dhia!

Zainun Mustapha Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (M) Berhad

2014

KUMPULAN PUISI       KANAK-KANAK Sakura

Mahaya Mohd. Yassin Dewan Bahasa dan Pustaka

2014

BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK Di Mana Sebelah Lagi? Razisatul Asyifah Ismail Cerdik Publications Sdn. Bhd.

2014

NOVEL REMAJA Gerbang Raudhah

Rohaidah Yon Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (M) Berhad

2014

KUMPULAN CERPEN REMAJA Tetamu Istimewa Mohd Helmi Ahmad Institut Terjemahan Buku Malaysia, 2014
KUMPULAN PUISI REMAJA Mimpi Kotaku Tuan Haji Mohd bin Abdullah

(Hilmi Rindu)

Institut Terjemahan Buku Malaysia, 2014

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks