SEJAK TAHUN 2012, Malaysia menyaksikan lonjakan setiap tahun bagi penggunaan internet jalur lebar. Bagi tahun 2013-2014, peningkatannya sudah meningkat sebanyak 218 peratus berbanding tahun 2012-2013. Google Barometer 2004 menyatakan, lebih 50 peratus pengguna di Malaysia menggunakan telefon pintar untuk mengakses internet. Tambahan lagi, 73 peratus belia berusia 18-24 tahun menggunakan internet setiap hari. Malah, Harian Metro pada 30 Disember 2015 melaporkan, Malaysia muncul sebagai negara ketiga yang mencatatkan peratusan tertinggi pengguna internet, selepas Singapura dan Negara Brunei Darussalam di Asia Tenggara. Secara keseluruhannya, jumlah pengguna internet di seluruh Asia Tenggara kira-kira 252.4 juta.

Potensi bahan digital, lebih-lebih lagi e-buku dan e-majalah tampak sudah tidak dapat dibendung kemunculannya. Pelajar sekolah rendah sekarang juga sudah mula diperkenalkan dengan e-buku teks. Pada tahun 2009 sahaja, 25 ribu unit peranti e-buku telah diberikan oleh Kerajaan Terengganu kepada sekolah rendah di Terengganu. Generasi muda pula sudah lebih mahir dengan pelbagai persembahan dan interaktif e-buku. Terserlahlah, e-buku kini menjadi sektor perbukuan yang bakal menerima permintaan dan aktiviti jual beli yang rancak pada masa-masa hadapan.

Oleh sebab itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengambil prakarsa untuk memasuki sektor digital ini dengan kerjasama Xentral Methods Sdn. Bhd. Kini, terdapat lebih 100 koleksi e-buku DBP dalam pangkalan e-buku terlengkap negara, e-Sentral. Pengguna e-buku kini boleh membeli e-buku DBP melalui capaian http://www.e-sentral.com/.

Mei 2017

s-MFA

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks