Gambar Laporan HSPM

LAPORAN HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

LAPORAN PANEL

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

1. PENDAHULUAN

1.1 Gagasan awal pemberian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ini tercetus hasil daripada laporan Jemaah Hakim Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1970. YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menubuhkan sebuah panel penilai dengan tugas-tugas khas pada 24 Julai 1971 untuk menilai karya-karya sastera bagi tujuan pengiktirafan. Hadiah berprestij yang diberikan pada setiap tahun ini mula dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 (1971-1976).

1.2 Pemberian Hadiah Karya Sastera ini terhenti pada tahun 1977 sehinggalah pada tahun 1981, Dewan Bahasa dan Pustaka yang mewakili kerajaan Malaysia mengambil inisiatif meneruskan kesinambungan untuk menilai karya sastera yang telah dihasilkan. Hadiah ini dilaksanakan secara dwitahunan dan dikenali sebagai Hadiah Sastera Malaysia (1981-1995).

1.3 Hadiah Sastera Malaysia dinaik taraf dan diberikan nama baharu, iaitu Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 1996. Oleh itu, bermula tahun penilaian karya yang terbit/tersiar pada 1996/1997, nama tersebut telah dikekalkan sehingga kini bersesuaian dengan prestijnya.

1.4 Hadiah Sastera Perdana Malaysia dilaksanakan secara tahunan bermula pada tahun penilaian 2012 setelah dicadangkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

1.5 Pada tahun 2015 dua kategori baharu diperkenalkan, iaitu Kategori B: Cerpen Eceran Remaja dan Kategori C: Buku Bergambar Kanak-kanak.

1.6 Pada tahun 2016 pula genre esei/kritikan sastera eceran dibahagikan kepada dua, iaitu esei/kritikan sastera (separa ilmiah) dan esei/kritikan sastera (makalah ilmiah). Kategori C: Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja pula, dipecahkan kepada dua, iaitu Kategori C: Buku Sastera Kanak-kanak dan Kategori D: Buku Sastera Remaja.

 

2. MATLAMAT

Hadiah Sastera Perdana Malaysia diwujudkan dengan tujuan:

2.1 Memberikan pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu.

2.2 Mengenal pasti karya-karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu.

2.3 Menggalakkan penerbit menerbitkan karya-karya sastera yang bermutu dalam bahasa Melayu.

 

3. BENTUK DAN NILAI HADIAH

Hadiah yang diberikan adalah berdasarkan kategori-kategori yang berikut:

3.1 Kategori A – Buku/Kumpulan Karya Perseorangan

Hadiah diberikan kepada sebuah karya terpilih yang terbit dalam bentuk buku atau kumpulan karya perseorangan. Nilai hadiah ialah RM10 000.00.

  • Novel
  • Kumpulan Cerpen
  • Kumpulan Puisi
  • Kumpulan Drama
  • Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
  • Buku Kajian Sastera
  • Biografi/Autobiografi

3.2 Kategori B – Karya Eceran

Hadiah diberikan kepada karya sastera eceran terpilih yang diterbitkan dalam majalah, jurnal, akhbar dan buku dalam tahun penilaian. Nilai hadiah ialah RM2 000.00.

  • Puisi                                                   –           10 hadiah
  • Cerpen                                               –           10 hadiah
  • Drama                                                –           5 hadiah
  • Esei/Kritikan (Separa Ilmiah)      –           5 hadiah
  • Esei/Kritikan (Makalah Ilmiah)   –           5 hadiah
  • Cerpen Eceran Remaja                   –           3 hadiah

3.3 Kategori C – Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja

Hadiah diberikan kepada karya sastera terpilih berbentuk buku atau kumpulan karya untuk bacaan remaja dan kanak-kanak. Nilai hadiah ialah RM5 000.00. Karya sastera dalam kategori ini adalah seperti yang berikut:

  • Novel Kanak-kanak
  • Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
  • Kumpulan Puisi Kanak-kanak
  • Kumpulan Drama Kanak-kanak
  • Buku Bergambar Kanak-kanak

3.4 Kategori D –   Kesusasteraan Remaja

Hadiah diberikan kepada karya sastera terpilih berbentuk buku atau kumpulan karya untuk bacaan remaja dan kanak-kanak. Nilai hadiah ialah RM5 000.00. Karya sastera dalam kategori ini adalah seperti yang berikut:

  • Novel Remaja
  • Kumpulan Cerpen Remaja
  • Kumpulan Puisi Remaja
  • Kumpulan Drama Remaja
  1. DASAR PENILAIAN

4.1 Karya sastera yang dinilai untuk menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015/2016 ialah karya yang terbit di Malaysia dan di luar negara pada tahun 2015/2016.

4.2 Penilaian dibuat oleh ahli panel berdasarkan kriteria yang berikut:

  • Kekuatan kesatuan organik karya.
  • Kekuatan dan keaslian persoalan yang ditampilkan secara matang.
  • Keseimbangan estetika bahasa dengan persoalan kemanusiaan.
  • Keindahan moral.
  • Inovasi dalam kreativiti.

4.3 Panel telah meneliti sejumlah besar karya sastera dalam bentuk buku dan bentuk eceran bagi tahun penilaian seperti yang berikut melalui Jadual 1:

  1. Kategori A: Buku/Kumpulan Karya Perseorangan
Bil. Genre Jumlah
1. Novel 85
2. Kumpulan Cerpen 93
3. Kumpulan Puisi 148
4. Kumpulan Drama 14
5. Kumpulan Esei/Kritikan Sastera 5
6. Buku Kajian Sastera 15
7. Biografi/Autobiografi 16

 

  1. Kategori B: Karya Eceran
Bil. Genre Jumlah
1. Cerpen 871
2. Puisi 3 456
3. Drama 25
4. Esei/Kritikan (Separa Ilmiah) 437
5. Esei/Kritikan (Makalah Ilmiah) 9
5. Cerpen Remaja 9

 

III.         Kategori C: Kesusasteraan Kanak-kanak

Bil. Genre Jumlah
1. Novel Kanak-Kanak 23
2. Kumpulan Cerpen Kanak-Kanak 7
3. Kumpulan Puisi Kanak-Kanak 13
4. Kumpulan Drama Kanak-Kanak 1
5. Buku Bergambar Kanak-Kanak 32

 

III.         Kategori D: Kesusasteraan Remaja

Bil. Genre Jumlah
1. Novel Remaja 92
2. Kumpulan Cerpen Remaja 21
3. Kumpulan Puisi Remaja 20
4. Kumpulan Drama Remaja 1

 

  1. KEPUTUSAN

Hasil penelitian terhadap karya-karya tersebut, panel memperakukan bahawa karya-karya yang berikut layak menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015/2016.

 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

KATEGORI A: (BUKU) – HADIAH BERNILAI RM10 000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

 

GENRE JUDUL PENGARANG PENERBIT
NOVEL Bukan Orang-orang Hafizah Iszahanid ITBM, 2015
KUMPULAN CERPEN Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo Jasni Matlani ITBM, 2015
KUMPULAN PUISI 77 Tuju (Siri “Ingatan kepada Kawan”) Zaen Kasturi ITBM, 2015
KUMPULAN DRAMA Saya dari Tanjung Penaga Marzuki Ali DBP, 2015
KAJIAN SASTERA TIADA PEMENANG
ESEI/KRITIKAN SASTERA
BIOGRAFI/

AUTOBIOGRAFI

 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2 000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
 

CERPEN

1. “Dia yang Berlari Kencang dalam Debu Perang” Mawar Safei Berita Harian,

20 September 2015

2. “Desibel Iman” Nisah Haji Haron Berita Harian,

11 Oktober 2015

3. Rumah ini Dinding Kacanya Kalis Cahaya” Siti Jasmina Ibrahim Mingguan Malaysia,

4 Januari 2015

4. “Rumah” Rebecca Ilham Mingguan Malaysia

8 Mac 2015

5. “Pascasejarah X Negeri Tanpa Matahari” Fahd Razy Dewan Sastera,

September 2015

6. “Cerita-cerita Tentang Lidah” Hafizah Iszahanid Dewan Sastera

Januari, 2016

7. “Apis Dorsata” Fudzail Dewan Sastera,

Oktober 2016

8. “Air” Malim Ghozali PK Minguan Malaysia

6 Mac 2016

9. “Musim Monyet Mabuk” Zainal Rashid Ahmad Berita Harian

3 April 2016

10. “Rumah Kupu-kupu” SM Zakir Berita Harian

21 Ogos 2016

 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2 000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

 

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
 

CERPEN REMAJA

1. “Trisomi Dua Puluh Satu” Zulaikha Adam Mingguan Malaysia

1 Mac 2015

2. “Kancil, X-Trail dan Sebuah Bengkel”  Abang Median bin Abang Said Dewan Siswa

September 2016

3. “Seekor Burung di Luar Sangkar” Saifullizan bin Yahaya Berita Harian

9 Ogos 2015

 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2 000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
PUISI 1. “Puisi Perang di Semerah Padi” Siti Raihani Mohamed Saaid Dewan Sastera

Februari 2016

2. “Berbalah dengan Kata” Rudi Mahmood Dewan Sastera

Disember 2015

3. “Sengaja Aku Memilih Beza” Ratna Laila Shahidin Dewan Sastera

April 2016

4. “Peniup Seruling Merionette” Muzaf Ahmad Mingguan Malaysia

9 0gos 2015

5. “Walau Belum Pernah Tepat” Rosli K Matari Berita Harian

14 Ogos 2016

6. “Di dalam Sebuah Kolam Naluri (Sajak Pelengkap: Di Atas Badan Seekor Ikan)” Adinata Gus Berita Harian

21 Ogos 2016

7. “Bahasa” Teratai Abadi Dewan Sastera

Oktober 2015

8. “Mujahadah Takdir dalam Kesturi Syukur” Sahara Jais New Sabah Times

2 April 2015

9. “Melati” Roslan Jomel Dewan Sastera

Disember 2015

10. “Di Luar Bingkai Sejarah” Hilmi Rindu Dewan Sastera

Oktober 2016

 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

KATEGORI B: ECERAN– HADIAH BERNILAI RM2 000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
ESEI/KRITIKAN SASTERA

(MAKALAH ILMIAH)

 

1.

“Pemikiran Kontemporari dalam Unsur Kejenakaan Sastera Melayu Islam” Mohd. Taufik Arridzo bin Mohd Balwi  Pengajian Melayu Kontemporari, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 2016

 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2 000.00 BAGI SETIAP

PEMENANG

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
 

ESEI/KRITIKAN SASTERA

(SEPARA ILMIAH)

1. “Menyoal Peran Kesusasteraan Kebangsaan Sebagai Penjana Peradaban Bangsa” Abang Patdeli Abang Muhi Dewan Sastera,
Ogos 2016
2. “Kolonialisme dan Literary Renaissance Dunia Melayu Abad ke-18/19” Noriah Taslim Dewan Sastera,
April 2015
3. “Penilaian Semula Peranan Sastera Kebangsaan Sebagai Pembina Negara Bangsa” Saleeh Rahamad Dewan Sastera,

Jun 2016

4. “Antara Anugerah Sastera dengan Prestij Seorang Penulis” Roslan bin Jomel Tunas Cipta,

Januari 2016

5. “Karya Fiksyen di Atas Peta Imaginasi” Wan Nor Azriq Dewan Sastera,
September 2016

 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 201/2016

KATEGORI B: ECERAN – HADIAH BERNILAI RM2 000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

 

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
 

DRAMA

1. “Bangsawan Tujuh Gong Sakti” Rohani Md. Yousoff Dewan Sastera

Oktober-November 2015

2. “Tangan-tangan yang Tinggal” Siti Jasmina Ibrahim Dewan Sastera

Januari – April 2015

3. “Buang” Roziah Adama Dewan Sastera

Mei-Jun 2015

 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

KATEGORI C: KESUSASTERAAN KANAK-KANAK

HADIAH BERNILAI RM5 000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

 

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
NOVEL KANAK-KANAK 1. Iqbal Membina Jaya Radzemah Bolhassan DBP, 2015
KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK 2. Tekukur di Ranting Khadijah Hashim ‘K’ Publishing Sdn. Bhd., 2015
KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK 3. Anak Wawasan Muhammad Irfan Nyia Abdullah DBP, 2016
KUMPULAN DRAMA KANAK-KANAK 4. Bangau Oh Bangau Azmizi Zakaria DBP, 2015
BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK 5. Tapir dengan Kotak Ajaib Mohd Norazmi Mohd Mokhtar DBP, 2015

 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2015/2016

KATEGORI D: KESUSASTERAAN REMAJA

HADIAH BERNILAI RM5 000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

 

GENRE BIL. JUDUL PENGARANG SUMBER
NOVEL REMAJA 1. Empunya Kalbu Sri Rahayu binti Mohd Yusop Utusan Publications & Distributors, 2015
KUMPULAN PUISI REMAJA 2. Madu di Tangan Mohd Helmi bin Ahmad ITBM, 2015
KUMPULAN CERPEN REMAJA 3. Obsesi Cintamu, Zulaikha Nazri bin Hussein ITBM,2016
KUMPULAN DRAMA REMAJA 4. TIADA PEMENANG

 

Be Sociable, Share!