Oleh Shahruddin Ismail

WATAK DAN PERWATAKAN

HAMBALI seorang lelaki Indonesia, berusia 45 tahun. Bertubuh sasa. Kuat bekerja dan warak, menjaga amal ibadahnya. Seorang yang jujur dan baik hati, suka membantu orang. Kerana banyak pengalaman dan warak, dia dihormati oleh teman senegaranya.

RAZAK berusia 39 tahun. Lelaki warga Malaysia. Seorang yang berjaya pada suatu masa dahulu, memiliki syarikat sendiri. Tetapi kerana banyak berhutang dengan bank, dia muflis. Sejak itu hidupnya menjadi terumbang ambing. Kerana pegangan agamanya kuat, dia tidak mudah kalah dengan dugaan Allah.

IWAN berusia 21 tahun. Warga Indonesia.

JELI berusia 23 tahun. Berasal dari Indonesia.

Pentas berlatarkan kawasan perumahan terbengkalai. Ada bangunan yang sudah siap, ada yang setengah siap dan ada yang hanya terpacak tiang tanpa berdinding. Ada tempat tertentu yang gelap gelita dan ada tempat tertentu yang kelihatan cahaya samar-samar. Kawasan di situ kotor dan terbiar. Lampu fokus kepada tiga orang watak, HAMBALI, IWAN dan JELI. Mereka sedang berehat di kawasan rumah kongsi yang sudah lama terbiar.

HAMBALI (merenung kawasan perumahan terbengkalai itu sambil tersenyum): Akhirnya kita kembali juga bekerja di tapak perumahan ini. Baguslah dapat kita teruskan kerja kita.

JELI: Boleh percaya ke dengan tauke baru kita ini?

IWAN: Ya … pastikan mereka tak tipu kita. Rugi kita. (Bersuara tegas).

HAMBALI: Buat aje kerja kita. Ada kerja ada gaji. Mana ada rugi kita. Tauke yang dulu pun dah bayar gaji kita.

___

Skrip  ini dipetik daripada Dewan Sastera September 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks