Oleh Marzuki Ali

WATAK:

MAK MUNAH (Sewaktu Tua)

MUNAH SANI (Semasa Muda)

WAK YEM

JENERAL MIGAMI

RASHID BUANG

1

(Dekon ini dimulai dengan set pentas suatu ruang ceramah di sebuah perguruan tinggi di Universiti

Sains Pulau Pinang. Seorang bekas Primadona Wayang Bangsawan sedang memberikan ceramahnya di hadapan puluhan mahasiswa Jurusan Pengajian Seni. Usianya lebih 75 tahun, masih bertenaga dan cukup bersemangat menyampaikan ceramahnya. Berpakaian baju kurung cekak musang berbunga kemerah-merahan dan bertudung warna merah darah ikan. Dia berdiri di belakang mimbar kecil sesekali bergerak ke hadapan dan ke tengah pentas. Lampu pentas diterangkan).

MAK MUNAH: Mak teruja di atas sumbangan yang diberikan kepada Mak oleh anak-anak mahasiswa semua dan kepada pihak universiti yang mengundang Mak datang, untuk berkongsi pengalaman tentang bangsawan. Pertunjukan pentas orang-orang zaman dulu. Ini adalah suatu penghormatan yang Mak rasa suatu anugerah yang besar kepada Mak. Mak ucapkan sebesar-besar terima kasih di atas undangan pihak universiti kepada Mak. Penghormatan begini bukan tempatnya, Mak rasa, melainkan harus pula Mak balas dengan kudrat dan tenaga Mak, yang masih bersisa ini. Mak berjanji selagi hayat di kandung badan, Mak akan cuba beri kerjasama dengan pihak Sekolah Seni dan mahasiswa untuk berkongsi pengalaman tentang permainan wayang, yang orang sebut dahulu sebagai wayang bangsawan.

___

Skrip  ini dipetik daripada Dewan Sastera Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Ikuti sambungan pada bulan hadapan.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks