Oleh Muhammad Haji salleh

Pada 8 September 2011, telah meninggal dunia seorang yang bernama Micheal Hart. Beliau dianggap sebagai pemula revolusi buku-e.

Pada tahun 1971, iaitu genap 40 tahun yang lalu, sewaktu Internet belum wujud, dan yang ada hanyalah versi awalnya yang dibina oleh militari Amerika, beliau telah menyalin Deklarasi Kemerdekaan Amerika, untuk dibaca oleh semua orang. Tetapi usahanya tidak begitu difahami dan tidak disambut baik. Tidak pula dapat dilihat bagaimana kerja menyalin dokumen akan menjadi permulaan yang penting dalam sejarah manusia. Masa berlalu: setelah 40 tahun, sudah terdapat 100 000 buku-e yang boleh diakses. Dalam 10 tahun lagi, dianggar sebanyak satu bilion buku dalam semua bahasa dan dalam pelbagai genre dapat dilayari, menurut Hart.

Projek yang dipelopori beliau dikenali sebagai “Project Gutenberg”, yang menggalakkan sesiapa sahaja untuk memasukkan teks buku ke dalam Internet dan dengan itu membuka dunia perpustakaan ke dalam layar komputer sesiapa yang berminat.

Saya agak lambat menggunakan kemudahan siber, walaupun menganggap diri saya agak awal memiliki dan menggunakan komputer riba – iaitu pada tahun 1990, yang sangat mahal pada waktu itu. Saya merupakan penyair dan penulis kembara, dan selalu memerlukan alatan ini, yang sudah pun menjadi sebagai alatan kepenyairan dan pengajian saya.

Pada awalnya sesekali saya membaca al-Quran, sajak Shakespeare atau Rumi dan “Sajak Dunia” (World Poetry) daripada kumpulan buku yang ditawarkan oleh buku-e percuma. Sekali pun saya tidak pernah membaca buku mutakhir yang dijual khusus untuk menggantikan buku kertas.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Be Sociable, Share!