Oleh Noriah Taslim

Seperti tulisan yang lalu, dalam ruangan ini diperkenalkan watak wanita radikal yang terkeluar daripada lumrah adat atau ciri-ciri kebiasaan wanita Timur. Wanita kedua yang juga membawa kejutan ialah Cik Siti dalam Syair Johan Perak. Syair ini juga ditulis lebih kurang pada abad ke-19, di tempat yang bernama Kampar Kiri oleh seorang pengarang yang bernama Muhammad. Dalam syair ini, Cik Siti didepani degan satu kontradiksi hidup yang payah diserasikan. Beliau dijebak dalam pelbagai lingkaran konfl ik yang rumit – konfl ik kelas, konfl ik cinta terhalang dan konflik maruah yang cukup payah diselesaikan. Dalam kemelut hidup yang berkait dengan dirinya tetapi tidak dapat dikawalnya, watak ini ditampilkan bertindak di luar dugaan, radikal dan kontroversial. Tindakannya mengejutkan, mengikut gerak hati yang spontan hatta membuka kepada pelbagai tafsiran yang akan cuba kita maknakan.

Syair Johan Perak memerikan cinta terhalang antara Putera Johan dengan Cik Siti anak Bendahara. Didorong oleh rasa cinta yang tidak dapat dipujuk, Johan melanggar adab dan pantang larang, masuk secara rahsia ke bilik kekasihnya untuk bercumbuan dengannya. Pertemuan tersebut sampai kepada Dewa, abang Cik Siti, sekali gus juga sahabat karib Johan. Dewa menyerang Johan, dan dalam pertarungan yang sengit kedua-duanya terbunuh; menyedari Johan akan dibunuh oleh Dewa, Siti menikam dirinya. Seluruh keluarga bendahara kemudiannya dibunuh oleh Sultan kerana menderhaka.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Be Sociable, Share!