Oleh Shahnon Ahmad

Pemikiran yang paling dominan lewat kisah-kisah ini adalah persoalan peleraian kepada pelbagai konfl ik yang dicetuskan sepanjang perjalanan baik kisah konfl ik individu, kolektif, luaran atau dalaman, konfl ik antara lakuan dengan lakuan yang lain, baik yang bersifat intrinsik atau ekstrinsik. Semua pertentangan itu perlu dileraikan secara leraian hakiki mengikut apa yang sepatut terjadi seperti yang dikehendaki-Nya.

Kehendak-Nya pun berlandaskan ketakwaan atau kemungkaran, keimanan atau kekufuran, kemuliaan atau kehinaan seperti yang terpapar dalam karya, melalui ciri-ciri perwatakan yang pelbagai. Yang beruntung ialah leraian yang baik berdasarkan ketakwaan sedangkan yang rugi ialah leraian yang berdasarkan kemungkaran. Mungkin leraian yang berdasarkan kemungkaran itu nampak beruntuk pada awalnya tetapi kemudian akan ditewaskan. Ia merugikan. Dalam leraian hakiki ini keuntungan tidak diberi berdasarkan kebatilan. Keuntungan hanya diberi melalui leraian yang berdasarkan kebenaran.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Be Sociable, Share!