Oleh Anwar Ridhwan

Tanpa tanah, tidak ada sesuatu yang boleh dibangunkan. Pembangunan di pesisir, atau di permukaan air sekalipun, tetap punya tanah di dasarnya. Banyak cerpen, puisi dan novel Melayu, serta drama, yang mengangkat tema kepentingan pemilikan tanah ini. Karya ini berbicara dari sudut pandang Melayu atau bumiputera tentang kepentingan tanah, dan selalu mengajak pembaca untuk menyedari ancaman yang berupaya mengecilkan atau menghapuskan pemilikan tanah dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera.

Tema tersebut antara lain diangkat oleh Keris Mas melalui novelnya Rimba Harapan (1986). Novel ini mengilustrasikan nasib pemilik tanah Melayu di Bentong. Disebabkan pengembangan industri, bencana alam serta ketamakan dan pemikiran singkat beberapa watak antagonis Melayunya menyebabkan mereka kehilangan milik atau meninggalkan tanah pusaka, lalu membuka rimba di Janda Baik. Pada bahagian akhir cerita, suara pengarang disalurkan melalui watak protagonisnya yang menegaskan untuk “kekal karar” di situ.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks