Oleh BAHA ZAIN

Sejak Disember tahun lalu, pada Disember 2011 ini usia kita setahun lebih tua. Beberapa peristiwa luntur daripada ingatan; sesetengahnya sengaja tidak ingin kita ingati kerana tidak ada faedahnya. Ada pula satu dua peristiwa yang mengecewakan akhirnya bertukar menggembirakan. Hidup ini memang aneh, seperti anehnya manusia dengan keunikan dan idiosinkrasi masing-masing. Ada satu peristiwa budaya yang susah kita lupakan: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terkenal buruk. Dasar ini dilaksanakan pada tahun 2003 tanpa fikiran yang munasabah, malahan boleh melumpuhkan perkembangan pesat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.

Selepas banyak bantahan, kritikan, kecaman dan kemudian demonstrasi di atas jalan raya Kuala Lumpur yang disudahi tembakan gas pemedih mata serta semburan meriam air oleh polis, dasar buruk itu pun digantikan dengan pendekatan serampang dua mata, MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris) yang di rancang oleh kerajaan untuk dilaksanakan pada tahun 2012. Ini penyelesaian pendidikan, kebijaksanaan budaya dan keputusan politik yang masuk akal.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks