Oleh NORIAH MOHAMED

Apabila dikaitkan dengan karya, pastinya berbentuk tulisan yang menjadi tonggak keintelektualan sesuatu bangsa. Melalui tulisan sahaja, dapat dikenal segala maklumat yang berdekam di dalamnya, yang menggambarkan kehebatan bangsa tersebut.

Melalui tulisan ini, dapat dikenal keindahan bahasa yang digubah dan jalinan fikir yang diungkap. Karya agung dianggap sebagai karya yang dapat membentuk jati diri sesuatu bangsa, sehingga dapat memantulkan kembali ketamadunan bangsa tersebut pada bila-bila masa, sebagaimana kita mengenal ketamadunan Greek, Yunani, Cina , India dan Mesir. Daripada hasil karya mereka inilah dapat dikenal pemikir atau seniman yang menghasilkan karya agung tersebut melalui karya mereka. Disebabkan karya ini mengandungi segala khazanah kekayaan fikiran sesuatu bangsa, sering kali pula karya jenis ini menjadi rujukan dan menjadi landasan buat sesuatu bangsa itu mengorak langkah kemajuan yang mahu diterokai.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks