Oleh A. RAHIM ABDULLAH

Keterampilan Siti Zainon Ismail dalam bidang puisi serta ketekunannya dalam dunia kreatif dan kajian budaya terbukti ketika usianya 25 tahun apabila memenangi Hadiah Sastera Malaysia kategori puisi (1975, 1976, 1979, 1983, 1985 dan 1989) dan Hadiah Maybank-DBP (kategori cerpen 1996, 19971998). Pada 1989, beliau menerima S.E.A. Write di Bangkok, satu-satunya anugerah peringkat serantau yang berprestij untuk penyair Melayu. Siti Zainon juga berjaya meraih gelar Cut Nyak Fakinah (Lembaga Adat Aceh–MUI, 1990), Anugerah Tan Seri Fatimah-Avon (1993), Profesor Luar Biasa (Universitas Jabal Ghafur Aceh, 1996) dan Pingat Setia Mahkota Selangor (2002).

Kumpulan puisinya, Nyanyian Malam (DBP 1976, 2003), Puisi Putih Sang Kekasih (UKM 1984), Perkasihan Subuh (Bulan Bintang 1987), Dongeng Siti Kecil (Teks 1998), Daun-daun Muda (1986), Bunga-bunga Bulan (Creative, 1992), The Moon is a Candle (DBP, 1992), Ibunda – Mother (UKM, 1995), Taman-taman Kejadian (Galeri Melora, 1996), Rumah Kita di Rawarawa, Piazza D’ Spagna, Secangkir Kopi Madu, Witir Sela Merapi (Galeri Melora, 2004), dan Kasih Bonda: Kampung Paya Kami (DBP, 2008).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Be Sociable, Share!