Oleh SILFIA HANANI

Mengenal Siti Zainon Ismail sama seperti mengenal dunia yang penuh dengan ragam, warna-warni atau kepelbagaian, multibudaya kerana “budaya dan seni” yang dimilikinya sangat luar biasa. Jika penulis atau sesiapa sahaja yang mentasbihkan Siti Zainon dengan gelaran sebagai penyair, alangkah kerdilnya kami.

Siti Zainon merencah lautan karya yang sukar dicari tandingannya di ranah Melayu Nusantara. Berdasarkan karyanya yang “berurai”, maka beliau wajar digelar sebagai pelukis, penyair, novelis, cerpenis, pereka bentuk dan ahli akademik. Penulis melihat Siti Zainon sebagai wanita muzium seni budaya”. Gelaran yang tepat kepada Siti Zainon kerana beliau wanita yang banyak menghasilkan karya. Karyanya tidak sahaja dalam satu bidang kepakaran tetapi menjalar dalam kepelbagaian seni.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Be Sociable, Share!