Oleh KAMARIAH KAMARUDIN

Dalam perkembangan persuratan Melayu tanah air, pengutaraan nilai sahsiah dan jati diri dalam karya jelas dikemukakan pengarang sejajar dengan pertumbuhan negara sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sebagainya. Hal ini ketara sejak negara mencapai kemerdekaan. Kesusasteraan Melayu disuburi dengan kelahiran pengarang tempatan yang menonjolkan perutusan ke arah kesetiaan kepada negara dan kecintaan kepada bangsa. Dalam konteks ini, beberapa institusi persatuan penulis tanah air, misalnya ASAS 50, GAPENA dan PENA, turut menyumbangkan kelahiran karya sastera yang bercorak nilai murni dan luhur yang memperlihatkan semangat zaman dan pengukuhan bangsa. Hal ini berlanjutan sehingga kini lantaran pengarang generasi baharu di samping kesediaan sejumlah pengarang mapan masih kekal menampilkan semangat nasionalisme dan kecintaan terhadap warisan negara bangsa dalam penghasilan karya masing-masing.

D a l am k o n t e k s perkembangan novel Melayu tanah air, hal ini dilihat sebagai usaha yang menarik kerana kesinambungan para pengarang sama ada baharu atau mapan bergandingan menghasilkan nilai luhur dalam mengajukan pengkaryaan. Misalnya pembinaan sahsiah dan jati diri negara bangsa dalam sesebuah novel ditemui bukan sahaja ketika pengarang menggambarkan sesuatu isu bahkan meliputi semua aspek kehidupan, iaitu agama, adat budaya, sosial, bahasa dan ekonomi.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks