Oleh HAFID IMAM IMAN

Cintanya pada ilmu tidak mengenal usia. Ilmulah yang menyuluh kehidupannya sejak usia kanak-kanak. Dengan ilmu jua, namanya harum. Inilah serikandi kelahiran Mesir yang menempa sejarah kerana keberaniannya memperjuangkan Islam melalui mata pena. Berpeluh keringat mendidik anak bangsa tanpa mengenal jemu. Para ilmuwan mengambilnya sebagai contoh dan teladan kepada wanita Muslimah.

Beliau ialah Aisyah Muhammad Ali Abdul Rahman, dilahirkan pada 6 November 1913, di Bandar Dimyat, sebuah kawasan yang terletak di delta Sungai Nil. Bersempena dengan kenangan semasa kecilnya di perairan pantai inilah, beliau mengambil nama penanya Bint al-Shati’ yang bermaksud gadis pantai. Keluarganya daripada kalangan alim ulama klasik yang masih kuat dengan tradisi yang menempatkan anak perempuan di ceruk dapur rumah. Faktor ini tidak pernah mematahkan semangatnya untuk turut sama menuntut ilmu, lebih-lebih lagi beliau dibesarkan dengan didikan dan kuliah agama yang disampaikan oleh ayahnya di rumah.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks