Oleh Noriah Taslim

Makalah ini akan meneliti dua teks cerita rakyat [oleh Naemah Sabirin (74) dikumpulkan oleh pengarang pada tahun 1978) dengan tujuan untuk melihat posisi wanita dalam konteks dunia lelaki yang berkuasa. Penulis mencuba untuk mengesan riak kuasa wanita yang terjalin di dalamnya. Cerita yang pertama ialah Cerita Puteri Tikus.

Secara ringkasnya, cerita ini mengisahkan seorang puteri yang menjelma sebagai tikus, berkawan dengan seorang putera raja (putera bongsu) dan kemudiannya berjaya berkahwin dengannya setelah kulit jelmaannya terbakar. Oleh sebab kecantikannya, dia telah menjadi rebutan oleh dua orang abang putera tersebut. Melalui upaya seorang wanita yang diperuntukkan kepadanya, akhirnya dia berjaya bukan sahaja memelihara martabat dan keutuhan dirinya tetapi juga menghukum kedua-dua orang abang putera bongsu.

Cerita Puteri Tikus membawa tema yang cukup menarik. Kisah ini membicarakan pergelutan seorang wanita untuk memelihara integriti dirinya, mengawal haknya dan menyelesaikan kemelut hidupnya dalam masyarakat feudal yang menindas. Untuk menajamkan perjuangannya dan menonjolkan peranannya dalam plot, teks ini meraih watak lelaki (putera raja) ke tepi dan meremehkan penglibatannya dalam plot. Teks ini dengan demikian dapat dilihat sebagai percubaan untuk mengimbangkan kedudukan gender.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks