Oleh Anwar Ridhwan

Konsep “hablumminannas” selalu diberi takrifan yang singkat, iaitu peri hubungan sesama manusia, padahal manusia memerlukan alam, termasuk segala flora dan fauna dalam kitaran kehidupan. Sehubungan dengan ini, sejak beberapa dekad yang lalu, karya sastera turut menampilkan alam sebagai watak, lalu muncullah kritikan eko dalam apresiasi karya kesusasteraan.

Dalam tulisannya, Buell mendefi nisikan kritikan eko sebagai “a study of the relation between literature and the environment conducted in a spirit of commitment to environmentalist praxis.” Howarth menyebut, “ecology describes the relations between nature and culture.” Evernden menanggapnya sebagai “The deep ecological movement, the one that concerns itself with the underlying roots of environment crisis rather than simply its physical manifestation, demands the involvement of arts and humanities”.

Anda menemui tema ini dalam beberapa buah novel, umpamanya Seluang Menodak Baung (Shahnon Ahmad) dan Daerah Beta (Azizi Haji Abdullah). Satu daripada isu yang menarik perhatian penulis dalam proses penghasilan Naratif Ogonshoto ialah isu alam sekitar, yang kemudian menjadi sebahagian bab novel tersebut, iaitu “Aisberg”.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks