Oleh Muhammad Haji Salleh

Begitu banyak pengarang yang menulis di seluruh dunia, tetapi kita selalu merasakan bahawa Eropah dan Amerikalah yang sering membolot Anugerah Nobel Sastera. Kita tidak salah kalau merasakan bahawa Jawatankuasa Pemilih anugerah tersebut lebih mengenali sastera Eropah atau karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah. Begitu pun pada tahun 2011, dunia masih berpusat kepada benua ini, bahasanya, dan budaya sasteranya. Hanya sesekali kepungan monopoli ini bocor, maka sasterawan dari Asia dan Afrika diperkenankan menerima anugerah tersebut.

Pada 7 Oktober yang lalu, Tomas Transtromer, dipilih sebagai pemenang Hadiah Nobel kategori sastera. Transtromer cukup terkenal di Eropah. Saya membaca karya beliau pada tahun 1980-an. Tetapi pada waktu itu, saya lebih teruja dengan karya Yunani moden dan sajak perjuangan Arab. Ada keghairahan dan harapan dalam kata-kata dan mimpi mereka ini, berbanding dengan kemurungan moden penyair dari Sweden ini. Transtromer tidak menawarkan perbezaan yang terlalu radikal dalam konsepsi persoalan ataupun bentuknya. Pengalaman beliau juga lebih bersifat Eropah Utara dan kita hanya dapat menarik makna universal apabila kita berasa tersentuh oleh suasana atau warna kelabu tamadunnya.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks