Oleh SHAHNON AHMAD

Seperti yang sering ditegaskan bahawa ilham untuk melahirkan pemikiran bagi merealisasikan karya sastera memang wujud di mana-mana, asal sahaja renungan dan keprihatinan kita sering tertumpu padanya. Dengan perbekalan yang berbagai-bagai-bagai yang disediakan-Nya untuk kita, maka ilham memang banyak; tercurah-curah dan melimpah ruah. Ambil sahaja sumber dari alam yang wujud di keliling kita yang kita alami, sentuhi dan rasai setiap detik.

Cahaya umpamanya yang sering menguasai kita yang datang dari matahari yang senantiasa bersinar dan senantiasa pula menyinari yang lain tanpa bosan dan jemu. Bukan sahaja untuk menyuburkan setiap kehidupan tetapi juga mengganas. Bukan sahaja menghidupkan tetapi juga mematikannya kalau perlu. Cahaya ialah pemikiran karya yang boleh dimetaforakan sebaik-baiknya. Tautannya dengan insan amat relevan sekali.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks