Oleh REJAB F.I

Setelah matahari terbenam di bandar raya Kuala Lumpur, kelihatan tertegak menara yang agung di pancar cahaya elektrik gilangg-emilang. Betapa indahnya menara tersebut – Menara Kuala Lumpur – setinggi 421 meter, terletak di kemuncak Bukit Nanas 515 meter dari aras laut. Sebagai menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia, juga merupakan nadi pelancongan negara, terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, zoo mini, restoran dan Kampung Budaya.

Di situlah, pada kali ini, para pahlawan tanah air memilih tempat berdialog kali ketujuh. Sebelum ini, berulang-ulang kali mereka berdialog di dalam gua di Bukit Seri Indera. Setelah itu, mereka memilih tempat yang strategik, seperti di Pusat Konvensyen Putera Jaya, di bilik mesyuarat bangunan 21 tingkat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mereka memilih isu yang menjadi perbincangan masyarakat dan kontroversi seperti dalam dialog pertama dahulu, pada 12 Ramadan 1388, tentang isu tidak munculnya para pahlawan seperti mereka yang berani berkorban untuk negara, kecuali Pahlawan Kanak-kanak. Sepuluh tahun kemudian, dialog kedua ketika menyambut hari pertama kurun Hijrah yang ke-15. Dialog seterusnya di Pusat Konvensyen Putera Jaya, mereka membincangkan isu Islam Hadhari dan nasib bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Be Sociable, Share!