Oleh ADANAN A.M

Mak dan Kak long sekeluarga tinggal di rumah pusaka. Mak kata, di rumah pusaka itulah dia berkahwin dengan ayah dahulu. Selepas 10 tahun berkahwin, mak dikurniai empat orang anak; Kak Long, Abang ngah, Kak lang dan Ita. Kemudian ayah menghilang entah ke mana-mana. Kini sudah 20 lapan tahun berlalu, puas mengesan jejak ayah, tetapi hampa. Mak sangat merindui ayah.

Kalau Mak terasa badannya sihat sedikit, Mak akan keluar ke halaman. Mak pergi duduk di atas ambin di bawah pohon rambutan. Di situ, mak akan termenung kadang-kadang sampai satu jam. Kak long selalu tidak ada masa menemani mak di ambin. Kak long ada banyak kerja lain di dalam rumah. Dahulu ada juga jiran yang suka menemani mak. Bercerita itu dan ini. Mak suka menceritakan kisah pada zaman mudanya. Apabila percakapan mak mulai tidak menentu, jiran mula menjauhkan diri. Itu membuat mak selalu kesunyian.

Kesunyian dan keseorangan merupakan satu deraan batin mak. Dalam menungan panjang, mak kadang-kadang bercakap sendirian. Kata bicaranya ditujukan kepada seseorang yang entah berada di mana-mana.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera Disember 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Be Sociable, Share!