Oleh Shahnon Ahmad

Kematian sebagai pemikiran yang mengawal karya sastera adalah antara yang banyak dipaparkan oleh para sasterawan di mana- mana. Dilagangnya mengikut berbagai-bagai uslub. Saya pernah cuba menulis novel berjudul Patriark yang keseluruhannya membicarakan kematian seorang pemimpin negara yang zalim, dan bagaimana rakyat memperlihatkan berbagai-bagai reaksi mereka terhadap pemimpin yang sudah mati itu. Cerpen saya berjudul “Mayat dan Keluarga” khusus berkisar pada pemikiran kematian ini.

Ada yang memaparkan kematian lewat genre satira, umpamanya kematian sebatang sungai yang dicemari dan akhirnya dibunuh oleh manusia. Dilihat dari perspektif Islam, kematian yang dialami insan melalui perjuangan kerana Allah SWT dan menegakkan agama Islam adalah yang terindah. Mati dalam jihad adalah yang terindah kerana mati bukan mati sebenarnya tetapi hidup dengan segala rezeki tercurah dan segala nikmat tersedia oleh-Nya yang tidak pernah termimpi sebelumnya.

Perjuangan Nabi Muhammad SAW banyak menitikberatkan aspek kematian kerana menegakkan agama Allah SWT. Kisah Muhammad SAW lebih luas lagi; malah lebih merupakan liputan segala aspek daripada kisah-kisah yang lampau. Baik secara langsung mahupun tidak langsung terutama aspek ketakwaan dan kekufuran, kemunafikan dan kemukminan, keimanan dan kemungkaran dan sebagainya yang mendukung aneka pemikiran.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera September 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

Be Sociable, Share!