OLEH: ROZNINAH ABD. AZIB

November 1997 bermulalah tirai sejarah kerjaya saya sebagai editor majalah Dewan Sastera, dan November 2011 tirai saya sebagai editor majalah ini akan dilabuhkan. 14 tahun nafas hidup saya bersama-sama Dewan Sastera. Dalam jangka waktu yang sungguh panjang ini membuatkan saya ingin bereaksi terhadap peristiwa dan jalur perkembangan sastera tanah air yang ada kaitan dengan tugas saya sebagai editor Dewan Sastera.

14 tahun silam, ketika saya baru “bertatih-tatih” menangani majalah Dewan Sastera saya beruntung kerana saya dipimpin oleh tokoh tersohor sastera tanah air, iaitu Allahyarham Dr. Othman Puteh, Dr. Rahman Shaari, Muhammad Ali Majod dan Hamzah Hamdani sebagai editor bersekutu Dewan Sastera. Merekalah yang memandu arah saya agar saya tidak keluar dari landasan sebenar Dewan Sastera khususnya dan perkembangan sastera tanah air amnya.

Mereka jugalah yang menjadi “talian hayat” saya yang menjadi “penyelamat” kepada saya selaku editor baharu majalah itu yang kadang-kadang diselaputi awan hitam, kerana langit tidak sentiasa cerah. Sebelum saya mampu berjalan sendiri “talian hayat” inilah juga yang menghubungkan saya dengan pengarang-pengarang hebat, bergelar Sasterawan Negara, dato’, profesor, Dr. dan penulis mapan yang tersohor namanya.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Be Sociable, Share!