OLEH: NORIAH MOHAMED

Pada hari ini, elemen “cinta” telah dijadikan “judul besar” sehingga segala-galanya dikaitkan dengan “cinta”. Contohnya, muncul judul novel dan filem seperti Ayat-ayat Cinta, Munajat Cinta dan mungkin ada nanti Wirid Cinta yang berfokus pada rasa kasih yang memekar dalam jiwa. Menurut (Kamus Dewan, 1997:224), “cinta” ialah perasaan sangat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain: perasaan sangat berahi dan perasaan ingin tahu akan sesuatu atau rindu.

Dasar yang menjadi rentetan cerita panji ialah “cinta”, terutama cinta antara dua kekasih. Contohnya seperti cinta Raden Inu Kertapati dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Adanya ikatan cinta yang tidak berbelah bahagi ini membuatkan kedua-dua tokoh sanggup menghadapi segala risiko dalam hidup dengan niat yang satu, ingin hidup bersama-sama. Waktu inilah mereka merasakan kegelisahan hati dan minda, bak kata pepatah:

Tidur tak lena,

Mandi tak basah,

Makan tak kenyang.

Ketiga-tiga elemen inilah yang membuatkan kedua-dua tokoh, iaitu Inu dan Galuh, mengalami penderitaan dan kadangkala maut. Oleh sebab mereka berasal daripada dewa, maka mereka telah dihidupkan kembali, seperti dalam Syair Ken Tambuhan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks