Oleh Zurinah Hassan

Istilah seloka berasal daripada bahasa Sanskrit. “Sloka” atau “shloka” merupakan puisi dalam kitab agama Hindu yang kebanyakannya berisi puji pujian, atau pemujaan terhadap dewa. “Sloka” atau “shloka” juga merupakan untaian doa dan mantera, yang dipercayai mempunyai kuasa magis dan dapat memberikan kekuatan fizikal dan ketenangan spiritual kepada penganut yang sering membaca atau mengamalkannya sebagai zikir.

“Sloka” atau “shloka” yang masyhur terdapat dalam epik India Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata dikatakan terdiri daripada 100 000 rangkap seloka dan Ramayana 24 000 rangkap (Harun Mat Piah 1997:334). “Sloka” atau “shloka” mempunyai ciri dan bentuk yang spesifik. Menurut Harun Mat Piah, “Sloka” atau “shloka” terdiri daripada dua baris serangkap dan tiap baris terdiri daripada 16 suku kata. Selain pemujaan terhadap Tuhan, terdapat juga rangkap yang mengandungi kata hikmat, nasihat, panduan dan falsafah kehidupan dalam pelbagai aspek. Contoh “sloka” boleh didapati daripada beberapa laman web. Antaranya, http://samskrutam.com/samskrit/sanskrittexts/ subhasitam.aspx.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks