OLEH NURHAMIZAH HASHIM

Sungguhpun seloka lebih awal dikenali orang Melayu, syair lebih popular dan dianggap sebagai puisi yang mendapat kedudukan penting dalam kalangan orang Melayu selepas pantun. Seloka yang membina epik India yang besar seperti Mahabharata (100 000 rangkap seloka) dan Ramayana (24 000 rangkap seloka) tidak terserlah peranannya dalam masyarakat Melayu. Bentuk atau strukturnya sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat umum.

Hal ini berbeza daripada pantun dan syair. Kedua-duanya jelas bentuk atau strukturnya. Pada pantun empat kerat, misalnya, bentuk asasnya terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris pertamanya menyalin unsur alam dan sedikit perlakuan manusia. Dua baris berikutnya ialah maksud pantun. Kebanyakan rima akhirnya berselang seli /a/,/b/,/a/,/b/.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks