OLEH: SITI ZARINA MD. ISRARY

Dalam kesusasteraan Melayu lama, kita diperkenalkan dengan pelbagai hikayat, seperti Hikayat Panji Semirang, Hikayat Cekel Waneng Pati, Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma, Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah, yang merupakan saduran atau terjemahan. Ada yang datang daripada Jawa, epik Hindu dan sumber Islam. Namun begitu, oleh sebab Hikayat Hang Tuah yang merupakan hikayat Melayu lama yang asli. Hikayat Hang Tuah ini diangkat oleh para sarjana tempatan dan antarabangsa sebagai epik Melayu.

Hikayat Hang Tuah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Karyawan, 2008. Buku ini istimewa berbanding dengan naskhah Hikayat Hang Tuah kerana terdapatnya bahagian “Pengenalan” oleh Kasim Ahmad dan bahagian “Pengenalan Tambahan” oleh Noriah Mohamed. Kedua-dua orang tokoh ini merupakan sarjana kesusasteraan tempatan yang mengkaji naskhah Hikayat Hang Tuah. Kasim Ahmad merupakan sarjana Melayu yang pertama mengkaji teks Hikayat Hang Tuah secara ilmiah. Menurut Kassim Ahmad, naskhah tertua yang ditemuinya dalam proses kajiannya ialah naskhah Leiden (Cod. Or. 1762) yang tersalin pada 1172 H (1758 M), di Kuala Kebah, hampir dua setengah abad setelah Feringgi menakluki Melaka, dan naskhah ini bukan naskhah asal.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks