OLEH: RIZQI KHAIRULLAH

Menjelang tahun 2012, maka genaplah usia 400 tahun manuskrip Sulalatus Salatin dikarang oleh penulis Tun Seri Lanang. Jika disoroti sudut pengkaryaan, Johor telah melahirkan sekian ramai penulis sejak dahulu lagi. Sekiranya kita menyingkap kembali penulis karya agung, seperti Sulalatus Salatin oleh Tun Seri Lanang dan Tajus Salatin karya Bukhari al-Jauhari, nama seperti Mejar Mohd. Said Sulaiman dan Tun Syed Nasir merupakan nama yang tidak asing lagi sebagai penulis, pemikir dan pejuang bahasa.

Dalam mengejar arus pembangunan dan kemajuan, keseimbangan pengisian modul modal insan seharusnya seiring, meskipun kadangkala bersaing dengan arus zaman dan gelombang global. Untuk meletakkan bahasa, sastera dan persuratan di arasnya yang sebenar, satu daripada pilihan mengangkat dan memperkukuh kedudukannya adalah dengan mengiktiraf penglibatan penulis kreatif dalam pelbagai genre. Johor merupakan satu-satunya negeri yang secara tekal meletakkan penulis dan karya mereka pada martabatnya.

Setiap dwitahunan, Hadiah Sastera Darul Ta’zim (HSDT) menjadi pengukur perkembangan kesusasteraan dan persuratan negeri Johor. Di samping meningkatkan produktiviti karya, pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan Johor melalui Yayasan Warisan Johor (JWJ) semestinya menjadi penggerak kepada penulis karya kreatif agar lebih prolifik untuk menghasilkan karya yang berkualiti dari semasa ke semasa.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Kongsi Artikel
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks