OLEH: NORIAH TASLIM

Jika dalam makalah yang terdahulu pembaca diperkenalkan dengan watak Cik Siti dalam Syair Johan Perak, dalam makalah bulan ini diperkenalkan pula seorang lagi wanita yang juga cukup menarik, iaitu Puteri Akal. Puteri Akal ditampilkan dalam Syair Puteri Akal (ditulis di Riau sekitar tahun 1850-an). Syair ini memang mengisahkan kelicikan Puteri Akal menipu lelaki (anak Raja Damsyik), memperoleh objek keinginannya (anak patung permata) dan akhirnya mendapat balik haknya (suaminya) dengan tipu helah juga. Seluruh naratif bertumpu pada akal cerdik yang dimiliki wanita ini yang mengatasi ikhtiar dan perancangan lelaki. Secara khususnya, syair ini merobohkan keutamaan lelaki sebagai perancang, pembuat keputusan, penyelesai masalah, pembela/penyelamat dan orang yang sentiasa berjaya kerana semua perancangannya digagalkan oleh seorang wanita.

Tumpuan makalah ini, walaupun memberikan pengiktirafan kepada kebijakan dan kelicikan wanita ini, lebih berminat untuk melihat perwatakannya dan lagaknya yang berani, cekal dan melampaui adat dan adab. Dalam syair yang amat pendek ini (429 rangkap), penyair berjaya menampilkan keutuhan watak wanita ini dalam memenuhi fungsinya yang agak radikal dan unik.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Be Sociable, Share!