Oleh Shahnon Ahmad

Berasaskan rasa kekerdilan dan kedaifan pada dirinya pun, manusia, termasuk golongan sasterawan, menerima juga pelantikan sebagai khalifah-Nya di bumi itu. Dengan perlengkapan serba sempurna pada diri serta perbekalan serba cukup di luar dirinya, dia sewajarnyalah merealisasikan makna kekhalifahan itu sebaik-baik mungkin dalam perjalanannya menuju keabadian apatah lagi apabila pemberian itu ditokok tambah dengan sumber yang terjamin kesahihannya, malah dianugerah-Nya apa-apa yang disebut sebagai al-bayaan, iaitu kebolehan berbicara dan berdialog sesama sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Melalui al-bayaan inilah, insan, termasuk golongan sasterawan, berkomunikasi mengikut kreativiti masing-masing bagi menyatakan makna kekhalifahan yang diamanahkan-Nya itu untuk memperoleh keuntungan yang sebenar yang dijanjikan-Nya. Memang jujuhlah kemudahan yang diberikan-Nya kepada manusia yang kerdil dan daif dengan harapan kekhalifahannya direalisasikan dalam perjalanan kreativitinya kerana Dia tahu akan apa-apa yang tidak diketahui oleh malaikat dan iblis.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Be Sociable, Share!