Oleh BUKHARI LUBIS

Nama tokoh ini terukir sebagai penyair dan penulis tersohor Parsi dan tercatat dalam sejarah sastera Parsi. Karyanya cukup penting dalam kegiatan gerakan pembaharuan, yang pada awalnya diwakili oleh Nima Yushij. Tokoh yang dimaksudkan ialah Faridun Tavallali yang lahir pada 1919 dan meninggal dunia pada 1985 di Shiraz, bandar yang terkenal dengan Hafiziye. Shiraz merupakan kawasan permakaman yang menempatkan dua pusara penyair terkenal Iran – Hafiz dan Sa‘di (r.h).

Tavallali berasal daripada kabilah Tavallali, yang kemudiannya berhijrah ke Shiraz. Ketika berusia enam tahun, dia dan adik perempuannya, Shamsuzzaman, menjadi piatu kerana ibunya meninggal dunia. Ibunya merupakan penyair yang sering mencipta puisi yang memuji para imam dan pemimpin agama. Situasi ini membuka ruang untuk Tavallali memerhatikan sumbangan para penyair tanah airnya, seawal ketika dia bersekolah dalam darjah lima. Sebelum itu, pendidikan awalnya di rumah, dengan bantuan tutor sastera persendirian.

Oleh sebab sastera sebagai wahana utama dalam metode pengajaran, Tavallali diperkenalkan lebih awal dengan puisi Parsi. Maka, tidak hairanlah ketika mula belajar membaca, dia sudah membaca karya pujangga terkenal Parsi, seperti Rudaki, Firdawsi, Nizami, Sa‘di, Hafiz dan Rumi (r.h). Senario latar belakang ini kekal sehingga akhir hayatnya.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Be Sociable, Share!