Oleh Anwar Ridhwan

Tahun 2012 akan menjelang sebulan dua lagi. Jika kerajaan tidak mengubah pendirian yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, kira-kira setahun yang lalu, untuk mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, maka tahun 2012 bolehlah dianggap sebagai ambang peluang kedua untuk bahasa Melayu kembali menjadi bahasa ilmu. Sebaliknya, jika kerajaan meneruskan dasar mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), maka masa hadapan bahasa Melayu semakin malap.

Kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di Malaysia akan banyak bergantung pada dasar pembinaan dan pengembangan bahasa ini. Di samping itu, dasar serta persepsi kerajaan terhadap bahasa ini yang sepatutnya diangkat menjadi bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu pengetahuan juga menjadi penentu kemajuan dan perkembangan. Tidak kurang penting ialah penerimaan orang Melayu sendiri terhadap bahasanya, di samping penerimaan kaum lain terhadap bahasa kebangsaan ini. Usaha mengembangkan bahasa Melayu juga berkaitan dengan upaya memperkasakan tamadun Melayu. Kita tidak mungkin memperkasakan tamadun Melayu dengan meminjam bahasa orang lain.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Sastera November 2011. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Be Sociable, Share!